BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, June 19, 2010

Mencari Titian Yang Pasti

Lama aku tak menulis..
Menulis memberi aku ruang,peluang,masa,dan kesempatan untuk meluahkan segala apa yang terpendam di dalam hati.Kadang-kadang dalam menafsirkan sesuatu yang berlaku dalam kehidupan kita,manusia tidak boleh lari dari menerima hakikat bahawa ada sesetengah perkara memerlukan kita untuk bertindak melalui penulisan dan bukan lisan semata.Dalam mengakui kebenaran,menidakkan kejahilan dan membetulkan hakikat,kita perlukan pena untuk menggariskan kata dan mengukir kehendak kerana tanpa pena yang tajam,pemikiran tidak akan berkembang.Kita akan terperangkap dalam stigma kesesatan yang kelak bakal menjerumuskan kita ke dalam kancah pemanipulasian yang asing.Aku tidak betah sekadar berdiri,memegang panji kenikmatan kehidupan tanpa tangan bergerak mengukir realiti kehidupan.Aku ingin menghargai setiap detik yang ku lalui.Menghargai setiap deria yang diberi dan melalui kehidupan ini dengan sentiasa melihat sesuatu dan berusaha untuk menyatakan setiap apa yang aku tahu supaya aku tidak menjadi manusia bongkak di muka bumi Allah ini.Menjadi manusia yang hanya suka melahirkan patah kata,mengutuk,menghina,memanipulasi dan berkehendakkan kepesatan tanpa mahu menoleh sedikitpun ke arah naluri keinsafan.Aku tidak mahu menjadi manusia yang kelak hanya akan menghancurkan bangsanya,negaranya,keluarganya dan agamanya sendiri walhal pada ketika aku mampu untuk menghindarkan perkara itu dari terjadi,aku gagal.Gagal bergerak,gagal berdiri,gagal mempertahankan.Ya Allah...malunya...
Malu Ya Allah..
Malu kerana gagal menunaikan janji terhadap Yang Maha Pencipta tentang tanggungjawab yang terbeban di dada,tergalas di bahu dan tersemat di hati..Kenapa begitu??Bukankah kita khlaifah.Khalifatul mukminin yang perlu bangkit.Itu tanggungjawab.Apabila diberi amanah,maka wajib menunaikan amanah.Misalnya diumpamakan,apabila kita disuruh mengembala kambing sepuluh ekor,wajarkah kelak apabila tuannya datang,hanya sembilan yang berada dalam jagaan.Mana lagi seekor?Jawapan kita yang selalu gagal menunaikan amanah ialah,kambing seekor mahu dibesar-besarkan hilangnya.Kalau berkira sangat,belalah sendiri.Gembala kambing itu sendiri.Jangan asyik menyalahkan orang bila kambing hilang.Huh!
MasyaAllah..Begitukah jawapan seorang khalifah??Begitukah jawapan seorang pemegang amanah?Tepuk dada,soal hati kita.Mahukah kita ditempatkan segerombolan dengan masyarakat sedemikian atau kita berasakan kita mampu menjadi lebih baik?Maka,apabila saat dan peluang diberi,belajar menghargai peluang yang telah ada.Jangan pernah mengeluh.Jangan belajar menghancurkan peribadi sendiri dengan keangkuhan dan kesombongan.Sesungguhnya apabila sifat syirik itu mnguasai diri,maka kita akan lari dari nilai keimanan yang sejati.Subhanallah...
Kembalilah kita semua...termasuk diriku yang hakikatnya masih lagi berada dalam kekaburan,ke jalan kebenaran..Untuk mencari sebuah titian yang pasti.Insya'allah...<3

0 comments: