BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, June 26, 2010

Hidup ney tak semudah yang kita sangka kan? Mudah ker hidup ney?
Kalau mudah,
manusia takkan rosakkan diri mereka sendiri.
Kalau mudah,
manusia takkan bunuh orang.
Kalau mudah,
manusia takkan bergaduh sesama sendiri.
Bila bercakap soal kehidupan,
aku jadi teringat
akan kisah sebuah persahabatan
Hidup ney lebih mudah kalau berterus-terang kan?
Walaupun perkara tue akan menyakitkan ati kawan sendiri
Tapi dari menyembunyikan perkara tue
malah akan mendatangkan derita kepada sahabat kita
Pernah terfikir tak??
Aku bukan tak suka tau dari orang lain
Cuma aku rasa lebih wajar dia berterus-terang dengan aku
Kerana
selagi dia tidak memberitahuku secara berhadapan
dengan sebab dan alasan yang tidak konkrit
Bukan aku tidak memaafkan dirinya
Walhal Rasulullah tegar mengampunkan umatnya
Inikan pulak hamba sepertiku
Aku memaafkan kau
Kalau benar kau bersalah
Kalau engkau merasakan tidak bersalah
Aku juga tidak mengapa
Kerana salah itu aku rasa hanya di permulaan
Kini salah itu tidak lagi menghantuimu bukan??
Kalau ya,
pasti kau sudah memberitahuku
Hakikat yang sebenarnya...
Ya!
Aku bukan tidak memaafkanmu
Cuma kelak
aku akan lebih berhati-hati
Kerana baru saat ini
tika ini
aku tahu
bahawa engkau sahabat
yang pernah mengikat hatiku
dengan tali kepercayaan
engkau sahabat
yang pernah merantai nadiku
dengan rantaian keyakinan
engkau sahabat
yang pernah menyaduri jiwaku
dengan saduran kasih sayang
Maaf sahabat
kini..
Tali itu sudah terlerai
Rantai itu sudah terputus
Dan saduran itu
Entah kenapa
Ia semakin pudar
Aku risau warnanya akan hilang
Aku tahu hakikat jika terluah dari bibirmu
Malah akan menyakitiku
Membunuh ragaku
Menyesakkan nafasku
Aku tahu aku tidak kuat mendengarnya
Kerana bila terlafaz sudah
Kata itu dari bibirmu
Aku tahu hakikat dan kenyataan itu
Benar-benar bukan igauan palsu
Sahabat,
Maafkan aku
Ya!
Kita sahabat
Tetapi rasa manis itu
Sudah menjadi tawar
Aku risau jika musim buahnya tamat
Rasa itu akan menjadi pahit
Dan ikatan ukhuwah yang kita bina
Lima tahun lamanya
Bakal terputus
Tanpa kita sedari
Ayuh sahabat
Fikirkan untukku
Kerana benakku
Sudah ketandusan metod
Untuk dihadirkan lagi
Kehilangan cahaya
Untuk diterangkan lagi
Ayuh sahabat
Fikirkan untukku..
Kerna aku mahu terus bersahabat denganmu
Jika ini yang berlaku
Aku tidak mahu
Kelak meratapi pusara persahabatan
Tanpa nisan
Tertulis kisah kita..
Sahabat..

0 comments: