BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, June 26, 2010

Hidup ney tak semudah yang kita sangka kan? Mudah ker hidup ney?
Kalau mudah,
manusia takkan rosakkan diri mereka sendiri.
Kalau mudah,
manusia takkan bunuh orang.
Kalau mudah,
manusia takkan bergaduh sesama sendiri.
Bila bercakap soal kehidupan,
aku jadi teringat
akan kisah sebuah persahabatan
Hidup ney lebih mudah kalau berterus-terang kan?
Walaupun perkara tue akan menyakitkan ati kawan sendiri
Tapi dari menyembunyikan perkara tue
malah akan mendatangkan derita kepada sahabat kita
Pernah terfikir tak??
Aku bukan tak suka tau dari orang lain
Cuma aku rasa lebih wajar dia berterus-terang dengan aku
Kerana
selagi dia tidak memberitahuku secara berhadapan
dengan sebab dan alasan yang tidak konkrit
Bukan aku tidak memaafkan dirinya
Walhal Rasulullah tegar mengampunkan umatnya
Inikan pulak hamba sepertiku
Aku memaafkan kau
Kalau benar kau bersalah
Kalau engkau merasakan tidak bersalah
Aku juga tidak mengapa
Kerana salah itu aku rasa hanya di permulaan
Kini salah itu tidak lagi menghantuimu bukan??
Kalau ya,
pasti kau sudah memberitahuku
Hakikat yang sebenarnya...
Ya!
Aku bukan tidak memaafkanmu
Cuma kelak
aku akan lebih berhati-hati
Kerana baru saat ini
tika ini
aku tahu
bahawa engkau sahabat
yang pernah mengikat hatiku
dengan tali kepercayaan
engkau sahabat
yang pernah merantai nadiku
dengan rantaian keyakinan
engkau sahabat
yang pernah menyaduri jiwaku
dengan saduran kasih sayang
Maaf sahabat
kini..
Tali itu sudah terlerai
Rantai itu sudah terputus
Dan saduran itu
Entah kenapa
Ia semakin pudar
Aku risau warnanya akan hilang
Aku tahu hakikat jika terluah dari bibirmu
Malah akan menyakitiku
Membunuh ragaku
Menyesakkan nafasku
Aku tahu aku tidak kuat mendengarnya
Kerana bila terlafaz sudah
Kata itu dari bibirmu
Aku tahu hakikat dan kenyataan itu
Benar-benar bukan igauan palsu
Sahabat,
Maafkan aku
Ya!
Kita sahabat
Tetapi rasa manis itu
Sudah menjadi tawar
Aku risau jika musim buahnya tamat
Rasa itu akan menjadi pahit
Dan ikatan ukhuwah yang kita bina
Lima tahun lamanya
Bakal terputus
Tanpa kita sedari
Ayuh sahabat
Fikirkan untukku
Kerana benakku
Sudah ketandusan metod
Untuk dihadirkan lagi
Kehilangan cahaya
Untuk diterangkan lagi
Ayuh sahabat
Fikirkan untukku..
Kerna aku mahu terus bersahabat denganmu
Jika ini yang berlaku
Aku tidak mahu
Kelak meratapi pusara persahabatan
Tanpa nisan
Tertulis kisah kita..
Sahabat..

Friday, June 25, 2010

Jatuh suka...apa tue?

Pernah tak dalam hidup korang,korang terjatuh ati tanpa sedar??Truthfully speaking,banyak kali..Bukan saja nak wat gempak,but that's the truth kan?Takkan nak bohong and cakap bukan2 belit2 n sbagainya lak..tak bley ar macam tue kan?Hidup ney kita kena belajar menerima kenyataan.Kalau kita suka,cakap ja suka.Suka bukan bermakna cinta,suka bukan bermakna sayang,suka bermakna kita tertarik,mungkin kita terpesona dengan kelebihan dan keistimewaan yang dimiliki.Itulah bende yang aku suka sal perasaan 'suka' ney.Sebab bila aku cakap aku suka,means aku suka ngan perangai dya,sikap dya n kelakuan dya.There is no such things as I like him because I fell in love with him.I don't think so.Reasons why I'm saying this is because I don't want others to have bad assumption regarding my statement..
Banyak situasi yang wat aku suka kat orang.Korang pernah tengok cita Korea tak?Aduhhhhh..aku suka gila sih cita tue.Dah suka and gila,so korang bley bayangkan la aku suka camna ngan cita2 yang datangnya dari Korea ney.Kiranya kalau aku free,sehari suntuk aku bley duk depan tv mengadap KBS World layan cita Korea.Tak pun menonggek depan komputer tengok you tube cita Korea.Bila tengok cita Korea ney,one of the reasons ialah sebab kita ney suka tengok cita2 yang ada hero hensem,betul tak..?Haa..kan dah cakap tadi.Amatlah mustahil untuk kita menonton cita2 tue disebabkan pengajaran dya saja.Kecualila kalau sesetengah orang yang mungkin atas alasan tersebut menonton cita yang korang suka..Aku tak kata takde,cuma kurang la dari yang sepatutnya.
Bila tengok cita Korea,selalunya hero yang aku minat tue mesti tak sama ngan orang lain.Jarang la sama.Sebabnya,bila aku tengok cita Korea,aku selalu tertarik ngan peribadi orang tue berbanding ngan kehenseman dya.And peribadi orang yang aku suka selalunya banyak yang agresif means watak2 hitam yang selalu berebut kekasih ngan watak utama.Selalu sangat lah sampaikan kawan aku bley kata lagi, "Ang ney tengok cita Korea,sure tak sama ngan kitorang..Watak selalu yang jahat2..".Huhuhu..besala..U know me kan sayang-sayangku.Aku memang macam ney.
Tak de lah..bila aku tengok cita Korea,aku memang suka pada watak yang macam tue sebab aku rasa watak tue macam bagus sangat sih.Bagusnya sebab bila dya sayang kat perempuan tue,dya cuba memiliki.Bila tak berjaya,dya tak de la sampai merosakkan perempuan tue,biarpun perempuan tue suka dekat laki leyn pun,dya still bley relax sedangkan ati dah menggelegak,goreng telur pun masak.Ye kan??I like that type of person..Hidup ney macam tue la.Kadang-kadang bila owang yang kita sayang,sayang dekat orang lain,nak tak nak,kena trima gak.Itulah realiti kehidupan yang membezakan kita,manusia dengan haiwan..
Antara band Korea yang bley wat aku sayanggg sangat ialah ss501.Ya Allah..Kuatkanlah imanku.Tergugat sahabat-sahabatku semua.Tergugat iman eden bila bercakap tentang diorang.Best sangat diorang neyh.First sebab diorang ada rupa.Second sebab diorang punya suara harmoni,easy-listening and sangat sedap.Lagu diorang beshhh and tarian diorang,Subhanallah..superb!Perangai diorang pun sopan.Walaupun banyak cita aku dengar sal diorang,tapi sebagai peminat aku rasa benda tue bukan la satu halangan yang menyekat aku dari sukakan diorang.Selagi diorang tak membawa sesuatu yang boleh memberi impak tersangat negatif pada aku and selagi aku rasa lagu diorang masih boleh diterima,I'll be supporting them forever and ever.Insya'allah..Masa cuti dulu,kira ari2 wajib ar aku dengar lagu diorang.Malam tue sure mimpi indah2..:-)
Second band yang aku suka ialah 2 A.M.Aku mula tau sal group ney pas aku tengok rancangan realiti JYP Entertainment dalam You Tube sal 13 orang trainee JYP Entertainment yang kena saring tuk bentuk group boy band Korea.Dalam ney ada 2 P.M,2 A.M ngan salah sorang ketua kumpulan Beast sekarang.Best sangat rancangan ney..Pastu aku sajer ja bukak sal 2 A.M ney then aku baca sal Jo Kwon.The main leader dalam grup ney.Sora dya ..Masya'allah..sedap kawan2.Sedap sangat.Dya ney memang lawak abis r..N bila aku tau dya da terlibat dalam rancangan We Got Married ngan Gain(B.E.G),trus aku tengok.Serious,aku suka ngan dya..Best walaupun gila2..Pernah tak korang dengar lagu diorang?Lagu Gain ngan Jo Kwon?Better korang dengar sebab sure korang akan jatuh cinta..
Nanti ku sambung lagi lah ya.Ku da keja..nak kna chow dulu..Tata.
Assalamualaikum..:-)

Thursday, June 24, 2010

Kenangan dan pengalaman..

Lama aku xmenulis.Bukannya sengaja pun.Biasa la..owang busy neyh.Huhuhu..
Hitung punya hitung punya hitung..dah lama aku ada dekat sini.Sini??Dekat mana tue..??Hehehe..aku kan dah janji nak story sal tempat belajar aku kan?Ok..ku story sikit ja la.Yang leyn tue nanti2 k..?Aku sekarang ney tengah belajar di UiTM.Aku amik course undang-undang..Asasi lagik sebab aku baru je abis SPM.Asasi ney ley di consideredkan cm Matrik la cuma kitorang wat kat U n the way kitorang blajar surely lain n tak sama ngan diorang.Biasala tue..kalau sama,cam na nak beza Asasi ngan Matrik kan?
Truthfully speaking,aku memang tak pernah berjauhan dengan family aku.Tambah-tambah pulak bila aku ngan akak aku ja anak diorang.Kalau la korang jadi mak abah aku pun,sure korang berat ati nak lepaskan anak korang belajar jauh-jauh.Mungkin sebab lebih baik kalau dapat tengok anak tue depan mata dari biar mereka belajar jauh-jauh dan tak sempat nak tengok mereka membesar.Whatever reasons,aku rasa hidup ney adalah satu proses pembelajaran.I learn,u learn,we learn,the whole world also learn..That's life.
Apa yang aku belajar bila berjauhan dengan family memang banyak sangat.Tak terhitung dengan kira-kira,tak tergambar dengan kata-kata.In simple words,a lot of new things..Dulu,waktu skola rendah,aku ney walaupun ada dekat kelas yang depan la gak,tapi still aku ney tak pernah dapat result gempak masa ujian gerak gempur neyh.Jadi,aku tak pernah berangan or berharap aku akan dapat masuk skola2 yang hebat gila2 tue.So,bila orang tanya nak masuk skola mana lepas UPSR,aku mesti cakap tak tau atau entah ler..Slalu gak r kena marah.Ya la..jawapan macam orang tak de masa depan.Tapi,itulah aku..Bila aku rasa tensed sangat diorang asyik tanya soalan yang banyak bagai nak rak,aku terus cakap,cam ni r bunyik dya yang aku bley ringkaskan, "Emm..tak taulah.Ingat nak gi skola dekat ngan kedai ja lah.Tak yah pi jauh-jauh..".
Abah aku ney ada kedai runcit n near my father's shop is a secondary school.So,senang cakap,aku tak pernah berangan yang jauh2.Dekat2 ja ada dalam otak aku neyh.Aku nak gi skola tue ja.Dalam otak aku masa tu,apa yang paling penting ialah..:
a) Dekat dengan family..
b) Jauh dari hospital sebab aku memang anti ngan hospital.Xsuka ahhh!!
(p/s :Bukan maksudnya aku ney takut jarum.Oh tidak sih.Please!No bad assumption
regarding needle k..Aku tak takut jarum tapi aku memang tak suka gi hospital.
Maybe one of the reason is aku tak suka darah,accidents,cedera parah n so on so forth so
aku tak nak terlibat dengan perkara berkaitan hospital although kekadang teringin gak
nak pakai coat doktor tue n tayang2.Wahhhh..beshhh!huhuhu..)
c) Aku tak nak tinggal dekat asrama sebab orang suka wat citer sal benda 'tutt'..
d) Aku belum bersedia n masa tue aku sangat pendiam,dah tue kecik plak..Uishh..karang
kena buli lak.Xmau..xmau..no no..
Itulah antara reasons konkrit cam batu-bata wat bangunan UiTM ney yang aku bagi dekat semua orang yang tanya aku.Haa..apa lagi,berpusu-pusulah kata-kata penuh berhemah menampar cuping telinga aku.Adushhh..pedih woo..Sabar ja la masa tue.Gi pun waktu tue,result tak kuar lagik kan.So,aku pun tenang je..Tiap-tiap ari masa cuti tunggu result tue,jiran-jiran,adik-beradik,kengkawan,mak cik mak cik,pak cik pak cik yang aku tak kenal pun tumpang sekaki payung,berteduh dalam hujan tuk tanya aku sal soalan-soalan panassss neyh.Xsuka!X suka!Tapi muka still senyum lagik..Hahaha.
Pastu,masa amik result,nak jadikan cerita,lagik brapa ari nak raya.Pagi tue abah aku tak bley antaq aku gi skola.So aku gi la ngan kawan yang sorang lagik ngan keta bapak dya.Aku ney dengan tahap tak yakinnya sanggup duduk antara yang dibelakang ar masa wat line tue sebab aku yakin aku punya result tak sehebat kengkawan yang len.Saja ar nak bagi line tuk yang pandai2 duk kat depan.Biarlah aku yang tak reti beratur belakang skit.Tak der hallah soal tue..:-)
Mungkin nasib plus takdir,aku tetiba diumumkan antara students yang scored 5 Ayam masa tue.Subhanallah..aku gi amik result ngan muka pucat.Nak senyum pun ketat,nak nangis pun kaku,nak wat pa pun cam tersekat ja.Otak ku terus jadik cam keras jap.Aku agak ramai orang cam xpercaya ja.Yala..aku kan tak aktif langsung masa skola rendah,dah tue senyap plak,slalu MC sebab slalu muntah2 n sakit perut..so,kalau dari descriptions tue,mmg aku tak dak apa la tuk letakkan diri aku ney layak dapat result macam tue..
Tapi Alhamdulillah..mungkin ney yang dinamakan rezeki.(p/s:Japgi owang wat statement kata aku riak lak,xbersyukur la apa la..Please sayang-sayangku semua,no such thing as that k..Takdenye nak wat macam tue.Tak bek..Dosa..)..Alhamdulillah,tak lama pas dapat result dalam dua tiga ari pastu r,tak silap aku hari raya.Kira masa amik result tue,kitorang puasa r..Dan Alhamdulillah gak,sehari sebelum raya tue hari jadi aku.Alhamdulillah...semuanya perkara-perkara yang menyenangkan ati aku n at last,aku wat decision not to go to any boarding schools or such things as that..Sebabnya,aku dah bertekad tuk gi skola yang aku sebut tadi n aku yakin aku bley gak berjaya walaupun bukan dari skola yang terkenal hebat dan tiada tandingannya.One more thing,aku tak de niat pun nak kata aku tak suka budak skola hebat2..Tak..Most of my friends pun dari skola2 macam tue gak.Cuma mungkin,aku rasa aku selesa gi skola biasa,so aku gi la..Jadik,ney bukan pandangan umum k..This is my personal opinion regarding the school I love to go to..
Itulah citanya masa UPSR dulu...

p/s :Sedih gak masa tue bila call abah n cakap dapat 5 Ayam pastu abah siap offer nak amik kat skola tapi aku tolak n gitau "Tak pa lah..Adik balik ngan Wani(my friend's name) ja ngan ayah dia.Japgi adik gi kedai trus..)"..Walaupun abah aku ok ja pastu,tapi aku tetap rasa bersalah gila2..Sowri bah,janji pasni tak buat dah.Sumpah semerah padi!!!!Huhuhu..
:-) peace no war!!!!

Monday, June 21, 2010

Minggu yang penuh dengan tekanan..

Hye!

Ari ney manyak sangat mende yang jadik dekat aku.Bukan ari ney jer..minggu ney la senang kater.Aku penat giler sih nak kena wat manyak sangat kejer.Uuuhhh...penat sangat.Kejer dari tadik x abis2.Bukan dari tadik jer tapi dari minggu neyh lagik.Ya Allah..penat betul r.
Especially biler assignment bersusun jer macam bukit dekat tempat aku blajaq neyh.Bukit ker??Aku raser x la kalau soal ader bukit neyh sebab dekat tempat yang aku blajaq neyh macam manyak gonner2 jer.Bukit tak nampak ar plak.Eyh,nape eyk diorang cakap sini banyak bukit?Emm...aku raser ada tue..cuma aku tak sempat tinjau2 lagik.Aku kan baru jer dekat sini.Baru maknanya aku masih tak tau manyak perkara and I do hope perkara yang aku akan belajar bukanlah perkara yang tak baik.Harap2 semuanya baik.Gi pun..ney kan tempat menuntut ilmu.Banyak malaikat turun biler kita sebut tentang tempat menimba ilmu ney,jadik mustahil la ada menda2 yang tak bek akan dipelajari di sini.Kwan2 aku kan semua bek2?Ye ker..haha.Alah..aku tau korang semua baik.Semuaaa..huhuhu..
Oh ya..Aku kan dah manyak kali cakap aku suker giler2 menulis.Yer lar..tulih kan dapat menukarkan minda aku yang kadang-kadang tersumbat neyh pada satu tahap metafora kehidupan yang manyak rona and warna.Best ooo..korang pun aku tau suka menulis gak sebab menulis dapat release tension.Ye kan..?Haa...kan aku dh ckp td.Bagi sesaper yang suker menulis,memang tak sah kalau sehari korang tak menulis.Macam aku,biler aku raser nak menulis,mula la tangan ney gatal jer nak pegang kekunci2 laptop neyh and type apa yang aku rasa and what I've been facing at that moment.Susah giler tau nak hilangkan gian suka menulis neyh.Tapi satu mender korang kena tau tentang aku.Aku tak suker bila dapat peluang menulis,mula la nak tulis perkataan-perkataan yang tak sepatutnya.Patut ker?
Aku mintak maaf ar kengkawan semua biler sampai ke bab menggunakan perkataan yang tak der tatasusila neyh.Harap maaf ler.Aku tak berminat langsung nak komen tentang individu2 tue.Tak bek pun aibkan orang.Aku tau aku bukan ler baik sangat tapi please ar korang,penulisan mencerminkan tuannya.Kalau korang dalam meluahkan kata-kata,menulis,mengistilahkan rasa cinta dan literasi kehidupan korang pada lembaran kertas atau pada dinding laptop korang,dengan harapan penuh membara untuk bagi orang baca blog korang,tak ker korang rasa and wajib (pada hemat aku ar..) untuk tunjukkan peribadi yang baik melalui penulisan korang.Apa yang korang tulih tue sebenarnya mencerminkan diri korang.Kalau baik kata-kata yang korang tulih,maka baiklah jadiknya and kalau buruk kater2 korang,maka buruklah jadiknya.Kata-kata tue biarlah yang boleh menenangkan orang atau at least kalau korang nak luahkan tekanan atau perasaan korang,marah ker hepi ker,tapi please la..guna ayat yang baik2.Aku tak kata semua ney untuk ditujukan pada orang2 tertentu.Oh..tidak sama sekali.Aku cumer nak jelaskan ney pada semua blogger.Bukan setakat blogger ar,tapi pada semua yang suka menulis.Please sayang-sayangku semua..tak nak ar macam ney ya.Use good words..Korang semua kan pandai and please jangan tunjukkan yang korang tue tak tahu tentang adab dan kesopanan..Aku tau korang semua baik2..Jadik aku harap pas ni,dunia and alam pembacaan aku menjadi lebih aman sebab aku sangat suker and suker membaca karya korang,memang best and bertambah best lagik kalau korang gunakan perkataan yang mencerminkan betapa berbudi bahasanya korang.
Ok ar..Aku nak menghabiskan kejer2 aku yang dah memanggil aku dengan panggilan penuh keinsafan tuh.Rasa bersalah gak meninggalkan diorang kosong and ternanti2.Ok eyk..ti bila irama minda aku menari2 ajak menulis,aku akan kembali.
Sehingga itu...assalamualaikum..:-)
p/s :Smile please sayang-sayangku semua.Senyumanmu akan menceriakan dunia..Insya'allah..

Saturday, June 19, 2010

Motivasi bila mood hadir menemani..

Pernahkah kalian berada dalam satu situasi di mana kalian rasa ,
"Ya!Inilah masa yang terbaik untuk aku kembali semula.Bangkit semula.Berdiri semula"?
Aku pasti,ada yang berkata ya,ada yang berkata tidak.Itu norma.Norma dunia yang berputar,norma alam yang berirama.Aku adalah manusia biasa.Aku pernah melakukan kesilapan dan aku juga selalu cuba melatih diriku belajar dari kesilapan tersebut.Biarlah sekecil zarah mahupun sebesar alam kesilapan yang ku lakukan,tetap aku harus menilai kembali perbuatan dan kecuaian yang ku lakukan itu.Bukan aku hendak berkata,aku hebat.Wah,sudah sukses menilai diri,bukankah hebat??
Subhanallah...aku masih kerdil.Bukan setakat belum bertatih,malah merangkak juga aku masih perlu diapung.Takut tersadung badan ketika mengesot.Itulah aku.Aku manusia biasa yang sangat biasa.Hamba Allah yang terlalu lemah.Hamba Allah yang selalu merindui bilakah tiba saatnya aku bisa melabuhkan sepenuh cinta pada Yang Maha Pencipta kerana biarpun sudah besar panjang,aku masih belum mampu memfokuskan ingatan.Itu kegagalan yang nyata.Aku bersalah dan aku mengakuinya.Pelbagai faktor ku jadikan taruhan dan antaranya ialah pandangan dan ajakan duniawi yang terlalu banyak serta besar dominasinya dalam kehidupanku.Ya!Aku malu dan aku harus kembali membetulkannya.Kembali.Itu perlu.
Berbicara tentang itu,aku jadi teringal tentang fiil manusia.Kita.Kenapa?Satu hakikat tersembunyi sebenarnya.Manusia hanya akan tersedar dari lena yang panjang dan angan-angan yang jauh jika mereka sedia bermuhasabah diri dan mengakui kesilapan sendiri.Susah.Itulah hakikat sebenar apabila berbicara tentang kesediaan untuk mengakui kesilapan sendiri.Sukar bagi manusia,sebagai makhluk di muka bumi Allah ini untuk bangkit dan berkata,"Ya,saya salah".Tidak semudah tanganku melakar pena dan akalku menutur kata..Justeru,apabila telinga ini menangkap perkhabaran mengenai kesediaan sesetengah orang membuat sidang media,berdiri dengan teguhnya dalam mengatur bicara kemaafan yang terluah dari kesilapan yang tercipta,aku jadi kagum.Kagum kerana keberanian.Siapa kata 'maaf' itu jika diluah tidak 'gentleman' atau tidak 'moden'?Nah!Itulah mentaliti.Mentaliti yang masih diselubungi kejahilan.Mentaliti yang masih diliputi keegoan,keangkuhan dan kesombongan.Mengapa enteng benar kata 'maaf' itu dilabuhkan?Mengapa retak benar kotak akal membicarakan mengenai nilai sebuah kemaafan?
Tidakkah kalian tahu bahawa untuk mengukir sebuah kata 'maaf',seluruh tenaga harus diperah dan seluruh keringat harus digesah?Tidakkah kalian tahu bahawa Allah paling suka andai kita senang mengakui kesalahan diri dan tidak menyalahkan orang lain untuk kesalahan yang dilakukan oleh kita sendiri?Ya!Pahit itu pasti.Impak dan implikasi itu juga jelas akan kita lalui.Tetapi,bukankah itu lebih baik dari kita gagal mengeluarkan diri dari belenggu riak dan ujub yang kelak akan menjerumuskan kita jauh ke dalam lubang gelap kesyirikan dan kebodohan?
Fikir-fikirkanlah..Kita punya akal untuk menilai.Kita juga punya mata untuk melihat,punya telinga untuk mendengar,punya kaki untuk melangkah..Maka,hargai semua itu dan buatlah keputusan dan terbaik untuk meletakkan status diri kita.
Soalnya bukan sejauh mana kita berada sekarang tetapi persoalannya kini ialah di mana kita di mata Yang Maha Pencipta??

Mencari Titian Yang Pasti

Lama aku tak menulis..
Menulis memberi aku ruang,peluang,masa,dan kesempatan untuk meluahkan segala apa yang terpendam di dalam hati.Kadang-kadang dalam menafsirkan sesuatu yang berlaku dalam kehidupan kita,manusia tidak boleh lari dari menerima hakikat bahawa ada sesetengah perkara memerlukan kita untuk bertindak melalui penulisan dan bukan lisan semata.Dalam mengakui kebenaran,menidakkan kejahilan dan membetulkan hakikat,kita perlukan pena untuk menggariskan kata dan mengukir kehendak kerana tanpa pena yang tajam,pemikiran tidak akan berkembang.Kita akan terperangkap dalam stigma kesesatan yang kelak bakal menjerumuskan kita ke dalam kancah pemanipulasian yang asing.Aku tidak betah sekadar berdiri,memegang panji kenikmatan kehidupan tanpa tangan bergerak mengukir realiti kehidupan.Aku ingin menghargai setiap detik yang ku lalui.Menghargai setiap deria yang diberi dan melalui kehidupan ini dengan sentiasa melihat sesuatu dan berusaha untuk menyatakan setiap apa yang aku tahu supaya aku tidak menjadi manusia bongkak di muka bumi Allah ini.Menjadi manusia yang hanya suka melahirkan patah kata,mengutuk,menghina,memanipulasi dan berkehendakkan kepesatan tanpa mahu menoleh sedikitpun ke arah naluri keinsafan.Aku tidak mahu menjadi manusia yang kelak hanya akan menghancurkan bangsanya,negaranya,keluarganya dan agamanya sendiri walhal pada ketika aku mampu untuk menghindarkan perkara itu dari terjadi,aku gagal.Gagal bergerak,gagal berdiri,gagal mempertahankan.Ya Allah...malunya...
Malu Ya Allah..
Malu kerana gagal menunaikan janji terhadap Yang Maha Pencipta tentang tanggungjawab yang terbeban di dada,tergalas di bahu dan tersemat di hati..Kenapa begitu??Bukankah kita khlaifah.Khalifatul mukminin yang perlu bangkit.Itu tanggungjawab.Apabila diberi amanah,maka wajib menunaikan amanah.Misalnya diumpamakan,apabila kita disuruh mengembala kambing sepuluh ekor,wajarkah kelak apabila tuannya datang,hanya sembilan yang berada dalam jagaan.Mana lagi seekor?Jawapan kita yang selalu gagal menunaikan amanah ialah,kambing seekor mahu dibesar-besarkan hilangnya.Kalau berkira sangat,belalah sendiri.Gembala kambing itu sendiri.Jangan asyik menyalahkan orang bila kambing hilang.Huh!
MasyaAllah..Begitukah jawapan seorang khalifah??Begitukah jawapan seorang pemegang amanah?Tepuk dada,soal hati kita.Mahukah kita ditempatkan segerombolan dengan masyarakat sedemikian atau kita berasakan kita mampu menjadi lebih baik?Maka,apabila saat dan peluang diberi,belajar menghargai peluang yang telah ada.Jangan pernah mengeluh.Jangan belajar menghancurkan peribadi sendiri dengan keangkuhan dan kesombongan.Sesungguhnya apabila sifat syirik itu mnguasai diri,maka kita akan lari dari nilai keimanan yang sejati.Subhanallah...
Kembalilah kita semua...termasuk diriku yang hakikatnya masih lagi berada dalam kekaburan,ke jalan kebenaran..Untuk mencari sebuah titian yang pasti.Insya'allah...<3

Saturday, June 12, 2010

Kenangan lama yg terimbau di memori..

Pernah tak korang berada pada satu situasi di mana korang lebih menyayangi kawan2 bek korang dari ur own boyfriend?
There were a few moments I'm stucked in these kind of situation yg begitu membuatkan aku rasa sangat menyesal sekarang.
Entah kenapa aku selalu nak kengkawan aku bahagia lebih dari aku..
Ya...maybe in some sorts of condition,that's what we should felt regarding having a friend and the sacrificed we should made to a friend..
Peristiwa2 ney walaupun xseberat mana tapi cukup menyedihkan aku yg masih bertatih2 menilai kehidupan yg sedang aku lalui sekarang.Walau pahit macam mana sekali pun,bila dikenang2,why not I just let what bygone be bygone..?
Hidup ney harus diteruskan.Although the mekanisme of living akan jadi lain bila terkenangkan sahabat korang yang telah menikan korang dari belakang tapi kadang2 korang akan rasa happy kerana koranglah yang telah menemukan sahabat korang dengan cintanya itu eventhough without u realised it,kawan korang lebih mementingkan cintanya dari korang..Tapi smua tue xder hal lah..sebab aku jenis orang yg selalu utamakan kengkawan aku.Jadi aku tak kisah kalau diorang lupakan aku..Yg penting aku tau,dalam setiap nafas yang aku hembus dan sedut,dalam setiap langkah dan jejak yang aku tapak,dalam setiap detik dan masa yang aku lalui,sahabat tetap insan yang selalu bertakhta di hati walaupun sehingga satu ketika sahabat itu meningggalkan aku..Doa aku untuk kebahagian mereka tetap berkumandang di hati dan sanubari ini.Insya'allah....

Thursday, June 10, 2010

Tekanan btol!

Yes....
Arini aku rasa sgt2 tertekan.Tertekan sebab apa?
Entah ar..aku sendiri tak berapa pasti sebab musabab aku tertekan tue.
Yang aku tau aku sgt2 penat ri ni..
Tue yang aku asyik mengeluh ja..n maybe gak sebab aku tak sempat tidur lagi.
Balik ja dari kelas tadi terus aku g beli nasik tuk makan malam.
Ya Allah...boleh tahan ar penatnya tuh!!
Dari pagi kelas,sambung ke petang plak..
Tambah memenatkan tue,aku kena jalan kaki...
Fuh...!!!!
Kus semangat eden..huhuhu..

Wednesday, June 9, 2010

First story : My ExpeRienced.....emmmm

Untuk pengetahuan korang,aku baru sambung blajar.Dekat mana tue...emmm...nanti aku story k?tapi di masa akan datang la..
Today,aku bukan nak cerita tentang the first time aku separated with my family members n so on..story tue pun kita K.I.V dulu k..
Tp,about my experienced dalam klas aku.
It was a very interesting experienced.Aku adalah manusia yang sangat sukakan pengalaman walaupun kadang-kadang aku rasa macam "Oh....pengalaman apa neyh?!" atau "Ya Allah...tertekannya aku......!!!!!".
Tapi after all,pengalaman is the best teacher.It helps us to recover for pain and vain..
Klas aku sesangat-sangatlah best.Best sebab apa??
Kena bagitau sebab ker?
Hehehe...ok2.Sebab aku ada the leader representative or in simple words,we do called it ketua rept. yg sangat2 bertanggugjawab serta pen. ketua rept. yg sangat2 baik.Rakan2 yg sangat bagus.Pensyarah2 yg sangat berintelektual dan understanding..
N aku sangat-sangat kuciwa bila aku terpaksa gak amik MC masa klas Prof yang best tue atas alasan demam.Ya.....it's true.Aku demam.Memang demam pun...
Tapi...aku rasa macam sayang sesangat sebab aku suka gila2 klas dia and bila aku tinggal sehari ja klas dia,aku dah rasa cam I lose almost everything eventhough the truth aku MC cuma sehari.
Starting from that day,aku promise to myself.."You shouldn't do like this anymore.Please...please...please Aisha.Do take care of yourself or you might be in trouble...ha......."..cam tuelah ceritanya..Hehehe...
Tension sungguh kan bila kita rasa macam we loses that thing bila kita g klas.Oh..........sangat kuciwa.Jadi kalian,please..doakan aku takkan sakit lagi.And today akan kluar result samada perjanjian aku untuk program pengajian yg aku amik ney diterima atau tak n aku sangat2 risau..Fuh2...Fuhhhhhhhhhhhh......
Ok2...I need to relax my mind.T we talk talk again k..till that day.Adiosaa....:-)

Assalamualaikum...:-)

Hye everybody!!!
Chewahhh....manyak songeh lak kan?
hehehe...besa la....:-)
This is my first time creating such a very 'hard' blog.
Hard ker?Maybe that's not so so so so difficult for you,but to somebody yg bru sgt2 tntg blog..
surely I might cry if I tried to finish it alone.
It took times n Alhamdulillah..my roommates help me a lot.
Kalau tak..aku pasti hundred n hundred n hundred times,aku tak boleh nak wat blog ney.
I'm still new here but I love to write.I love to deliver something by writing something.
Aku rasa macam aku cakap tentang everything to the whole world bila aku gunakan blog as the medan to utter and create that feeling.
Oh...Mimi,Fifa,Alin (ehem...ehem....:-) saper tue Lin..?),Pqah..thanks for the help.
p/s : Hehehe..mak jgn lar marah adik wat blog wktu tgah study.Saja nak lepaskan tekanan and deliver something for the peace of our nation and society.Insya'allah for the sake of our religion too...Amin.
To all the guys and girls out there,aku mengalu-alukan kedatangan korang dalam blog aku.
Blog bukan sekadar untuk kita menulis dan mengekspresikan apa yang kita rasa atau kita fikir tapi blog juga diwujudkan untuk meletakkan kita pada satu tahap di mana kita akan belajar tentang sesuatu yang baru dan melihat kewujudannya sebagai medan perantaraan komunikasi dan perhubungan yang sangat penting dalam menghubungkan generasi,mengeratkan perpaduan dan memperkenalkan peradaban adalah sesuatu yang sangat bagus.
Betul tak?<3